Di sini saya hendak berkongsi tips membeli barang dari website Indonesia seperti Tokopedia, Bukalapak, Shopee Indonesia dan sebagainya serta kira kos pos ke Malaysia, Brunai & Singapura.
Isi kandungan
- Memilih barang
- Kadar tukar mata wang
- Menentukan anggaran kos pos
Memilih Barang
Untuk memilih barangan ada tips yang sangat2 berguna. Pemilihan barang juga tidak sahaja bergantung pada harga yang murah, tetapi anda juga di galak kan untuk mencari penjual yang mempunyai kredibiliti.
Ini bertujuan untuk:
Supaya anda tidak ditipu dengan penjual. Jika anda nampak barangan yang hendak dibeli, kami sarankan untuk anda sentiasa melalukan sedikit siasatan. Pastikan penjual yang anda hendak beli barang itu mempunyai rating yang baik. Sentiasa untuk menyemak jumlah bintang, cuba chat dengan penjual dan lihat sama ada penjual itu aktif atau tidak.
Kadang-kadang jika anda melihat diwebsite harga barangan yang murah mungkin adalah barangan secondhand, atau pun barang itu adalah pre order atau mungkin juga seller tidak update stok mereka. Ini kerana , jika barang tersebut tidak ada atau pun pre order penjual mungkin akan pos kewarehouse dalam jangka masa yang panjang. Stok yang seller tidak update pula biasanya bila kita lihat diklan masih ada namun seller tidak proces kemungkinan kehabisan.
Pertukaran matawang
Pembelian rentas negara akan melibatkan kadar tukar mata wang. Dan perlu di ingat harga barang dalam Ringgit akan bertukar sama ada turun atau naik. Untuk makluman tolang beli tidak menggunakan kadar tukar google, pihak Tolongbeli menggunakan kadar tukar kami sendiri dan sentiasa di update dari masa-masa dan ada ditulis di ruangan depan website kami.
Menentukan Anggaran kos pos
Sebelum anda buat bayaran harga barang, pastikan terlebih dahulu untuk membuat anggaran kos pos. Untuk pengetahuan anda kadar kos pos akan di tentukan melalui 2 kaedah pengiraan, pertama Actual weight(berat sebenar) dan Volumetric weight(berat isi padu) Kadar pos akan di ambil dari nilai yang paling tinggi , sama ada actual weight atau volumetric weight. Rujuk gambar di bawah untuk cara pengiraan
Kiraan untuk kos pos udara juga akan di bundarkan kepada nilai bulat keatas, jika berat barang 1.2kg berat selepas bundar akan jadi 2kg dan seterusnya
1.09kg -> 2kg
1.5kg -> 2kg
2.25kg -> 3kg
4.8kg -> 5kg
Jika boleh gunakan kalkulator yang telah kami sediakan di website Belanjaseberang
Selain itu anda perlu fahami barang anda, berat, ukuran packaging dan juga jenis sensitif(cecair, makanan, elektronik, kaca, ect) atau normal(plastik, baju, dan sebaginya)
Cara kira harga barang
Pos domestik, penjual pos ke warehouse kami.
Upah kami 10% dari jumlah harga barang
harga barang + pos domestik + Upah
Contoh kira-kira Untuk pos udara
Harga barang : RP 2800000
Kos pos ke warehouse : RP 36000
Total harga barang : RP 2836000
Saiz bungkusan : 30cm x 25cm x 20cm
Berat bungkusan : 2kg
Upah 10% , 1kg RM35;
30 x 25 x 20 / 5000 = 3kg volumetric = RM 115.5
Harga barang = 2836000 = RM 974.88
Saiz lebih besar dari berat | 3/Kg/Vol |
Anggaran Awal kos pos | RM115.5 |
Harga barang | RM974.88 |
Jumlah perlu bayar | RM1090.38 |
Selepas pembelian barang di buat, tunggu barang sampai warehouse. Setelah barang sampai diwarehouse, pihak kami akan timbang dan ukuran bungkusan barang anda untuk tentukan kos pos ke Malaysia/Singapore.
Seperti harga di atas anda nampak harga barang dan kos pos. Untuk pembayaran anda boleh buat bayaran untuk barang dulu, kemudian apabila barang sudah tiba warehouse Indonesia baru bayar kos pos setelah ukur dan timbang atau bayar sekali yang telah kira tadi mana-mana yang anda selesa.
Pesanan untuk mereka yang hendak buat pembelian borong supaya ambil kira size ukuran dan berat packaging dan gunakan kalkulator kos pos yang bagi membantu anda buat kira-kira. Ingat peniaga yang bijak adalah peniaga yang boleh anggaran kos yang tepat.
- Klik sini jika anda nak guna kalkulator kos pos Indonesia ke Malaysia yang kami sediakan
- Klik sini jika anda nak pos barang besar melalui udara
Sekian