Scam Pembelian Iphone dari Indonesia

Masalah penipuan Iphone murah dari Instagram Indonesia semakin menjadi-jadi. Kronologi dalam kes ini, seorang pembeli dari Malaysia telah ditipu oleh seorang penjual iPhone melalui platform media sosial Instagram dari Indonesia. Ini adalah satu kes penipuan yang amat dikesali kerana melibatkan wang dan kepercayaan pembeli.

Penipuan seperti ini memerlukan tindakan pantas dan tegas daripada semua pihak. Namun begitu pembelian ini tidak selamat dan di luar kelolaan kuasa undang-undang negara Malaysia, kerana pembeli membuat transaksi terus ke account penerima yang mereka berada diluar negara Malaysia.

Apakah Modus Operadi Mereka?

Secara amnya scammer-scammer ini sering menjadikan pembeli iphone sebagai target utama mereka. Apa yang membuatkan pembeli tertarik hendk membeli dengan scammer-scammer ini? Jawapannya mereka sering meletakan harga Iphone yang sangat-sangat rendah! Sebagai contoh Iphone 14 pro jika ikut harga yang terbaru berharga RM 6000 ke atas biasanya ikut spesifikasi yagn di tawarkan disini scammer-scammer akan cuba ambil kesempatan yang akan menawarkan harga yang murah tak masuk akal seperti RP 6,00,000 yakni bersamaan RM200 dan ada juga yang jenis scammer lagi pandai dia jual harga seakan sama mungkin murah sikit dalam 30-40% dari harga asal.

Selain itu mereka sering menggunakan gambar-gambar palsu dan testimoni palsu yang membuat bakal pembeli terliur.

Bukan gambar hiasan ini gambar betul Scammer Iphone

Gambar diatas ini adalah sebagai contoh scammer-scammer yang beroperasi seperti kedai yang sebenar.
Sedangkan realitinya ini adalah modus operandi mereka yang sangat licik. Tahu tak ini sebenarnya belum tamat lagi penipuan mereka!? Ada lagi cara mereka nak ambil duit customer tanpa customer sedar iaitu mereka akan cerita pasal sangkut kastam dengan istilah yang mereka gelar sebagai “Smart Card”.

Jika anda rasa-rasa perkara ini terjadi kepada anda dengan alasan scammer kata Iphone anda sangkut proces kastam dan akan di tahan dan juga mereka mendakwa anda mungkin akan di denda beribu-ribu Ringgit jika tidak melunaskan pembayaran “Smart Crad” tersebut pasrahlah anda kerana anda telah pun berjaya mereka perdaya dengan jaya sekali. huhu.

Apa yang nak di buat setelah ditipu?

  • Secara jujurnya pertama sekali anda harus pasrah. Ye anda tak salah baca kerana setelah anda buat pembayaran ke pada si penipu duit anda tidak akan dapat semula. Namun selepas anda sedar bahawa anda ditipu segeralah untuk membuat repot polis dibalai berdekatan tempat anda. Walaupun ini semestinya tidak membantu cuba untuk membuat repot.
  • Jika anda buat pembayaran menggunakan Credit Card kemungkinan anda boleh cuba untuk pergi ke bank anda. Ingat ye jika anda bayar pakai Credit Card sahaja kalau anda pakai direct transfer atau Debit card(biasanya card atm itu adalah debit card) pihak bank tak dapat nak menolong.
  • Langkah terakhir ialah ambil iktibar dari apa yang berlaku.

Kesimpulan

Kejadian ini adalah perkara yang sering berlaku dan admin menjadi tempat mereka mengadu domba admin pun simpati terhadap apa yang berlaku ke atas mereka yang bernasib malang tadi. Apa yang sering admin pesan pada mereka ialah kebiasaanya untuk barangan seperti Iphone adalah lebih baik untuk beli di dalam Malaysia kurang risiko dan yang penting jika seller melakukan penipuan anda boleh buat report kepada Tribunal pengguna@KPDNKK dan boleh buat tuntutan kecil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PENGUMUMAN

ORDER BOLEH DI BUAT SEPERTI BIASA

Pos udara berjalan seperti biasa.

BUAT MASA SEKARANG WAREHOUSE PUSAT BELUM DI BUKA. JIKA HENDAK POS BARANG SILA PILIH SAMA ADA UDARA ATAU LAUT MAKLUMKAN PADA ADMIN   

“ETA untuk process handling 7 hari”

 

Kemaskini:  6/JUN/2024