Hobi automotif adalah minat yang mendalam terhadap sukan atau pun arena permotoran. Hobi ini sangat ramai kelompoknya tak kira tua atau muda tak mengira sempadan di Malaysia dan di Indonesia masing-masing ada peminat terhadap permotoran.
Disini kami kongsikan bagaimana bagaimana tolongbeli dapat membantu anda dan sekaligus menerangkan tip-tips yang sangat berilmia dalam membeli barang motor dari Indonesia.
Untuk membeli barangan dari negara Indonesia, terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan: Menggunakan khidmat e-dagang: Anda boleh mencari laman web yang menjual barangan dari luar negara dan membuat pembelian secara dalam talian. Anda akan perlu mengisi maklumat peribadi, alamat penghantaran, dan maklumat pembayaran yang diperlukan. Kemudian, anda boleh mengikuti arahan untuk membuat pembayaran dan menunggu barangan anda dihantar ke alamat yang dinyatakan.
Menggunakan khidmat eksport: Anda boleh menggunakan khidmat eksport atau perkhidmatan logistik untuk menghantar barangan dari negara Indonesia lain selain dari kami jika ada. Anda boleh mencari syarikat yang menawarkan khidmat ini melalui laman web atau dengan menghubungi mereka secara terus ini sama seperti servis Tolongbeli sediakan. Anda perlu memberi maklumat tentang barangan yang anda hendak beli seperti link item saiz bungkusan serta berat item dan alamat penghantaran. Setelah bayaran harga barang dan kos pos ke Malaysia sudah di bayar anda cuma perlu menunggu barangan anda dihantar ke alamat yang dinyatakan.
Banyak antara anda yang tidak tahu untuk membuat anggaran size bungkusan betul? Namun perkara ini mungkin dapat diatas jika anda melakukan sedikit kajian. Sebagai contoh anda hendak membeli bahagian tangki motorsikal motorsikal ini.
Kami berikan tips dia ya, anda cuma buat simulasi sendiri di rumah ambil pita ukur dan cuba ukur saiz barangan anda atau google bungkusan barangan Indonesia yang hendak dibeli tu. Ingat ye size bungkusan barang yakni size setelah dibungkus sesetengah barang ada yang dia lerai bungkusan kecil dan ada pula yang tidak boleh lerai contohnya macam tangki minyak motor.
Kita anggap saiz tangki ini 60 x 40 x 30 dalam unit CM dan berat dia 3kg. Kita anggap ini adalah size bungkusan dan berat dia ya.
– Panggilan berat saiz boleh juga disebut sebagai berat isi padu@volumetric weight.
Kita kira kos udara dan laut nanti anda boleh banding kan.
Menggunakan Formula.
Panjang x Tinggi x Lebar / 5000
60 x 40 x 30 / 5000 = 14.4kg, jika ada perpuluhan mesti di bundar ke nombor bulat ye jadi 15kg.
Kiraan pos udara: Seperti yang kita lihat diatas jika saiz 60 x 40 x 30, berat 3kg. Kos pos akan pilih nilai yang besar Saiz vs Berat sebenar, jadi kos pos tangki dikira ikut berat saiz yakni 15kg RM577.5
Formula untuk pos laut ialah;
Panjang X Tinggi x Lebar / 1000000
60 x 40 x 30 / 1000000 = 0.072cm³
Saiz barang anda 0.072cm³ banyak lagi ruang lain yang anda boleh tambah barang, boleh kumpul2 barang ajak kawan-kawan kongsi pos.
Kos pos Laut: Ukuran masih sama dan kos pos jauh lagi murah. Untuk laut semenanjung minima 0.3cbm jadi kos pos minima RM 220. Yang untungnya bila pos laut jimat banyak jika barang besar dan banyak.
Secara amnya apabila membeli barangan motorsikal, anda perlu mempertimbangkan sama ada untuk menggunakan penghantaran melalui udara atau laut. Penghantaran melalui udara lebih cepat, tetapi padan dengan harganya berbanding penghantaran melalui laut. Sebaliknya, penghantaran melalui laut lebih murah, tetapi mengambil masa yang lebih lama.
Jika anda memilih untuk menggunakan penghantaran melalui laut, disarankan untuk menggunakan pos barang besar kerana ia lebih murah mungkin jika berat atau saiz barang anda masuk 6kg-7kg anda boleh pertimbangkan untuk pos laut.
Sekian itu sahaja penerangan untuk menggunakan medium pos udara dan laut bagi yang hendak membeli barang motorsikal dari Indonesia. Oh, ye tip ini terpakai juga untuk mereka yang hendak beli barang lain yang besar seperti sparepart kereta, alat musik, mesin sederhana dan sebagainya! Selamat berbelaja kami ucapkan.