Cara Beli dan Apa Yang Perlu Tahu Sebelum Membuat Belian Di Website Indonesia

Apa yang perlu tahu bila nak menggunakan servis dari kami? jika anda betul berminat hendak beli barang dari indonesia ada beberapa perkara yang perlu anda ambil kira. Ini kerana pembelian dari luar negera khususnya Indonesia adalah sangat-sangat berlainan dengan pembelian di dalam Malaysia. Antara perkara yang perlu dititik beratkan adalah kos pos Ke Malaysia, kastam dan juga kategori barang sama ada normal atau pun sensitif

Kita pergi bahagian barang dan packaging parcel dahulu. Membeli belah di Indonesia memang seronok kerana harga barang disana amatlah murah dan boleh beli secara online dari Malaysia dengan mudah. Bayangkan anda dapat berbelanja online di website bukalapak dengan RM100 sahaja anda boleh dapat hampir 4 pasang baju yang berkualiti menarik bukan? tetapi perlu di ingat harga barang di sana murah akan tetapi kos untuk pos ke Malaysia tidaklah sama seperti kos pos laju ini sebab penghantaran item anda adalah menggunakan express mail menggunakan kurier udara Website Indonesia seperti tokopedia dan juga Bukalapak adalah e commerce yang terbesar di Indonesia dan mereka tidak membuat pos secara terus ke luar Indonesia terus ke Kuala lumpur contohnya.

Oleh sebab itu anda perlukan khidmat dari kami untuk poskan barang yang nak di beli dengan kos pos yang murah. Sebagai contoh apabila anda ingat jika “saya guna syarikat Pos Indonesia mesti murah tolongbeli.com.my charge RM40/kg mesti Pos indonesia lagi murah..” tetapi hakikatnya Pos Indonesia adalah jauh 3 kali ganda mahal dan juga metode pembayaran juga tidak mudah di lakukan.

Formula kiraan : Panjang x Tinggi x Lebar / 5000

Beli dari Bukalapak dan beli dari tokopedia adalah mudah tetapi untuk pos keMalaysia adalah tinggi jika tidak menggunakan servis seperti kami. Kami adalah satu-satunya dari Malaysia yang membuat servis beli barang dari Indonesia dan pos ke Malaysia hingga ke pintu rumah.

Seterusnya berkenaan packaging anda perlu tahu saiz parcel ada. Ini adalah sangat penting bagi mengelakan anda tanpa sedar di cas volumetric kos volumetric mengambil kira size keseluruhan packaging parcel anda untuk ukuran selamat adalah 25cm X 20cm X 10cm sama dengan 1kg. pastikan saiz setiap bahagian tidak melebihi 10cm bagi mengelak kn di charge volumetric, dan juga compress barang anda selagi boleh untuk dptkan size yang lebih kecil.

Untuk makluman kastam Indonesia dikenali sebagai BAE Indonesia sangat-sangat tegas dalam membuat pemeriksaan pastikan barang anda bukan dari bahan terlarang seperti yang disenaraikan disini. pelepasan dari kastam memainkan peranan dalam cepat atau lambat barang anda di process. sehubungan itu, berkenaan dengan kastam Malaysia pula barang larangan mungkin berlainan tetapi kebanyakan adalah sama. Berkenan cukai pula jika anda membeli produk dan membawa masuk Malaysia pastikan anda tidak membeli barang dengan harga lebih RM500 jika tidak anda akan di kenakan 6% cukai terhadap jumlah keseluruhan barang+ pos secra amnya(kadar sebenar bergantung pada kastam). Akan tetapi jika anda declare barang anda adalah untuk hadiah dan bawah RM500 kebarangkalian untuk elak cukai adalah tinggi. tetapi pastikan barangan anda munasabah dan padan dengan harga murah.

Okay setakat ini sahaja perkosngsian admin. Jual beli online dari Indonesia sebenarnya mudah jika kita tahu perkara basic ini. Masyarakat Indonesia yang berjual beli disana juga akan cuba untuk membantu mentukan saiz barang yang hendak anda beli. Ini adalah salah satu pengenalan dan juga tips membeli barangan dari Indonesia. oh ye penerangan ini juga boleh diguna pakai untuk pembeli dari indonesia juga. Sekian terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PENGUMUMAN

ORDER BOLEH DI BUAT SEPERTI BIASA

Pos udara berjalan seperti biasa.

BUAT MASA SEKARANG WAREHOUSE PUSAT BELUM DI BUKA. JIKA HENDAK POS BARANG SILA PILIH SAMA ADA UDARA ATAU LAUT MAKLUMKAN PADA ADMIN   

“ETA untuk process handling 7 hari”

 

Kemaskini:  6/JUN/2024